Program khas dengan kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu turut menyasarkan peningkatan peratus kehadiran murid ke sekolah. Pendekatan digunakan juga berbeza. Kita memfokuskan modul penguasaan 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) serta aktiviti pembelajaran menyeronokkan bagi tarik minat murid untuk hadir ke sekolah sekali gus ikuti program yang dijalankan.
Program ini adalah antara usaha strategik kerajaan melalui ECER dalam memperkasakan golongan pelajar yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah untuk maju dan berjaya seperti mereka yang lebih bernasib baik.
No comments:
Post a Comment