Pada tanggal
16 Mei setiap tahun adalah tarikh penting buat golongan pendidik. Sambutan Hari
Guru diraikan di setiap sekolah. Pada hari ini, guru-guru tidak mengajar tetapi
diraikan dengan meriah.
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada
haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah
Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima
cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education
Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah
menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
SK Sungai Pergam telah mengadakan sambutan Hari Guru pada hari Isnin 16 Mei 2016. Sambutan berlangsung dengan meriah sekali. Semua
ahli alumni telah memberi kerjasama yang baik dalam menyiapkan tempat untuk majlis sambutan hari
guru. Kehadiran pada 16 Mei juga amat baik sekali.
Sambutan Hari Guru amat
wajar disambut dengan meriah pada setiap tahun agar murid dapat
menghayati erti pengorbanan guru-gurunya. Begitu juga pihak penjaga perlu
mengambil bahagian di dalam setiap aktiviti pada sambutan hari guru.
No comments:
Post a Comment