Thursday, May 19, 2016

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2016

Pada tanggal 16 Mei setiap tahun adalah tarikh penting buat golongan pendidik. Sambutan Hari Guru diraikan di setiap sekolah. Pada hari ini, guru-guru tidak mengajar tetapi diraikan dengan meriah.































Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


SK Sungai Pergam telah mengadakan sambutan Hari Guru pada hari Isnin 16 Mei 2016. Sambutan berlangsung dengan meriah sekali. Semua ahli alumni telah memberi kerjasama yang baik dalam menyiapkan tempat untuk majlis sambutan hari guru. Kehadiran pada 16 Mei juga amat baik sekali.

Sambutan Hari Guru amat wajar disambut dengan meriah pada setiap tahun agar murid dapat menghayati erti pengorbanan guru-gurunya. Begitu juga pihak penjaga perlu mengambil bahagian di dalam setiap aktiviti pada sambutan hari guru.


LAWATAN SEKOLAH DAN PELAJAR KEDAP 2019

22-23 November 2018 Lawatan sekolah dan pelajar KEDAP ke negeri Selangor.