Sunday, April 10, 2016

MAJLIS PELANCARAN KELAS DEWASA ASLI PENAN (KEDAP) 2016

Pada 3 April 2016 hari Ahad telah berlangsung Majlis Pelancaran Kelas Dewasa Asli Penan atau lebih dikenali dengan kelas KEDAP bagi tahun 2016. Majlis bermula pada pukul 3 petang dan tamat pada jam 4.30 petang. Pada tahun ini peserta KEDAP adalah seramai 25 orang dan 3 orang guru iaitu Puan Ruzita bt Samad, Puan Siti Nur Raidah bt Md Yusuf dan Encik Khairil Izat bin Harazaman. 

Majlis telah dirasmikan oleh Encik Zakaria bin Muda, Ketua Unit Sekolah Rendah JPNT. Tetamu kehormat yang turut hadir adalah Encik Mat Lazim @ Mahasan bin Noor (Penyelia Kanan Pengurusan Projek Khas/Orang Asli/Kluster), Puan Fadzilah bt Yasin (Wakil Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan PPD), Encik Mohd Zamri bin Abdul Razak ( Wakil Sektor Pengurusan Akademik JPNT), Encik Khairul Nizam bin Zakaria (Penyelia Sekolah Rendah PPD Kemaman) dan Encik Roslan bin Semail (Pengerusi JKKK)


Program Kelas Dewasa Untu Ibubapa Murid Orang Asli adalah sebahagian daripada program yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran . Program KEDAP ini telah diputuskan dalam mesyuarat FOCUS GROUP pembasmian Kemiskinan bil 5 / 2007 pada 23 November 2007 di Pengerusikan oleh Ybhg Tan Sri Mohd Sidek , KSU Negara .


Tujuannya adalah untuk membasmi buta huruf di kalangan Orang asli seluruh Malaysia .Peserta program KEDAP ini diberikan beberapa elauan iaiatu elaun gantian kehilangan pendapatan , elaun makan , elauan alat tulis , elaun kesihatan dan lawatan sambil belajar.






















No comments:

Post a Comment

LAWATAN SEKOLAH DAN PELAJAR KEDAP 2019

22-23 November 2018 Lawatan sekolah dan pelajar KEDAP ke negeri Selangor.