Tuesday, March 22, 2016

SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI 9 MAC 2016

Pada 9 Mac 2016 hari Selasa telah berlaku gerhana matahari. Sehubungan dengan itu, SK Sungai Pergam telah mengadakan solat sunat gerhana matahari bersama-sama guru dan murid-murid. Ini juga dapat memberi pendedahan kepada murid-murid tentang fadhilat mengerjakan solat sunat gerhana matahari.







Melakukan ‘Solat Gerhana Matahari’ atau dikenali juga dengan nama ‘Solat Sunat Kusuf’ adalah ‘sunat muakkad’ bagi muslimin dan muslimat (lelaki atau perempuan), sama ada orang yang bermukim atau bermusafir, merdeka atau hamba. Disunatkan mandi sebelum dirikan solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.
.
Solat Sunat Kusuf boleh dilakukan di mana-mana samada di rumah, surau atau masjid. Solat Sunat Kusuf boleh dilakukan secara bersendirian Walau bagaimanapun yang lebih afdhal dan utama adalah ditunaikan secara berjamaah di masjid yang didirikan Solat Jumaat.
.
Sebaiknya dibacakan khutbah setelah selesai solat seperti mana pada solat hari raya. Isinya diarahkan kepada keterangan tentang gerhana, isu-isu semasa ataupun hal-hal bermanfaat yang menjurus kepada anjuran taubat, sedekah, persatuan, amar ma’ruf nahi mungkar.
..
Solat Sunat Kusuf / Gerhana Matahari waktunya bermula ketika ternyata sedang berlakunya gerhana matahari sehingga selesai gerhana matahari tersebut. Iaitu dengan berakhir, tamatnya gerhana itu atau sehingga jatuhnya matahari dan hilangnya gerhana tersebut. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak ada solat gerhana.
Diambil dari https://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-kusuf-gerhana-matahari/
 . 

No comments:

Post a Comment

LAWATAN SEKOLAH DAN PELAJAR KEDAP 2019

22-23 November 2018 Lawatan sekolah dan pelajar KEDAP ke negeri Selangor.