Sebelum kejohanan bermula, murid-murid telah menjalani latihan merentas desa selama dua hari iaitu pada hari Isnin dan Rabu bertujuan untuk menyesuaikan mereka dengan laluan yang akan mereka lalui serta mengetahui jarak sebenar perjalanan mereka untuk kejohanan ini.
Pada hari kejohanan, murid-murid diberi taklimat terlebih dahulu tentang keselamatan dan hal-hal lain. Aktiviti memanaskan badan dilakukan sebelum mereka mula merentas desa. Murid-murid menunjukkan semangat yang tinggi untuk memenangi kejohanan merentas desa kali ini.
Kejohanan bermula di padang sekolah. Guru Besar, Encik Mohd Shafii bin A.Bakar membunyikan wisel permulaan dan murid-murid memulakan rentasan desa. Guru-guru bertugas di checkpoint akan memastikan murid-murid mengikut laluan yang betul.
Murid-murid yang berjaya menamatkan larian mereka akan melapor diri di kaunter yang disediakan untuk dicatat nama sebagai pemenang. Tahun ini sebanyak 4 kategori dipertandingkan iaitu Perempuan Tahap 1 dan 2,Lelaki Tahap 1 dan 2. Setiap tahap disediakan 10 hadiah. Hadiah saguhati sebanyak 20 hadiah turut disediakan.
Kejohanan berjalan dengan baik dan lancar. Diharapkan murid-murid yang tidak berjaya pada tahun ini akan berusaha dengan lebih gigih lagi pada tahun hadapan.
No comments:
Post a Comment