Monday, February 3, 2014

BAKTI DIGARAP KECERMERLANGAN DIJULANG SKSP 2014



 3.02.2014

Majlis Bakti Digarap Kecemerlangan Dijulang. itulah nama yang kami dapat paparkan bagi melahirkan rasa kegembiraan warga sekolah di atas kecemerlangan yang dicapai oleh calon-calon UPSR 2013. Seorang murid telah mendapat 2B 3C dan seorang murid telah mewakili Terengganu di dalam kejohanan bola baling. Pencapaian GPS sekolah yang baik dan dibantu oleh perancangan sekolah melalui SKPM, sekolah kami telah berjaya mendapat Band 6.YB Tn.Hj. Wan Abdul Hakim bin Tan Sri Wan Mokhtar, ADUN Kawasan Air Putih telah berjanji di hadapan murid-murid SK Sungai Pergam sekiranya calon UPSR 2014 berjaya mencapai A dalam apa jua mata pelajaran, beliau akan memberi saguhati sebanyak RM 200.00. Pengumuman ini telah menyuntik semangat pelajar-pelajar UPSR 2014. Majlis ini juga turut dihadiri oleh En.Mat Lazim dari Unit Rendah ,JPNT. Beliau juga memberi suntikan semangat kepada seluruh warga sekolah dan memuji kepimpinan guru besar kerana memahami kehendak warga sekolah.Ciri-ciri ini menurut beliau adalah satu platform untuk SK Sungai Pergam melangkah maju dalam semua bidang.Guru Besar pula mengucapkan terima kasih kepada wakil JAKOA kerana telah menjumpai kata sepakat dengan JPNT yang diwakili oleh En. Mat Lazim. Beliau mengharapkan pihak JAKOA akan lebih agresif lagi dalam menyusun aktiviti meningkatkan kemajuan murid Asli dan masyarakat setempat. Klik untuk gambar seterusnya .






No comments:

Post a Comment

LAWATAN SEKOLAH DAN PELAJAR KEDAP 2019

22-23 November 2018 Lawatan sekolah dan pelajar KEDAP ke negeri Selangor.