Monday, February 24, 2014

LAWATAN DARI SISC PLUS KE SK SUNGAI PERGAM ( SESI PENGENALAN ) 2014




 24.02.2014

Lawatan dari SISC PLUS ke SK Sungai Pergam, pegawai SISC plus mengadakan perjumpaan dengan pentadbir dan ketua panitia memberi penerangan tentang visi dan misi mereka,Mereka memohon kerjasama sekolah dalam menurunkan band sekolah.
Pegawai -pegawai tersebut juga berharap dengan kekuatan yang ada matlamat akan tercapai  Insyaallah. Terima kasih kami ucapkan kepada pegawai SISC plus atas kesudian mengunjungi sekolah kami.Klik untuk gambar seterusnya

Wednesday, February 19, 2014

PROGRAM MERENTAS DESA 2014


19.02.2014

Program Merentas Desa 2014 telah diadakan baru-baru ini  di SK Sungai Pergam,segalanya alhamdulillah berjalan lancar,laluan merentas desa ini juga laluan yang sama digunakan sebelum tahun-tahun sebelum ini iaitu lokasi di pedalaman kampung sungai pergam.Klik untuk gambar seterusnya




Monday, February 10, 2014

PENCERAPAN DAN PENYELIAAN PERTAMA SK SUNGAI PERGAM 2014


10.02.2014

Penyeliaan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah salah satu elemen penting bagi menentukan keberkesanan penyampaian guru di sekolah. Inilah yang dikehendaki oleh JNJK, JPNT dan PPD. Selaras dengan perkara ini pihak sekolah telah melaksanakan pencerapan dan penyeliaan pertama pada tahun ini. Cikgu Khairil Izat Harazaman telah diselia oleh Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, En.Haziman bin Nawi. Walaupun para pelajar terdiri di kalangan murid orang asli, namun minat mereka amat tinggi terhadap pembelajaran walaupun cikgu ini mengajar bahasa ketiga iaitu B.Inggeris.

Monday, February 3, 2014

BAKTI DIGARAP KECERMERLANGAN DIJULANG SKSP 2014



 3.02.2014

Majlis Bakti Digarap Kecemerlangan Dijulang. itulah nama yang kami dapat paparkan bagi melahirkan rasa kegembiraan warga sekolah di atas kecemerlangan yang dicapai oleh calon-calon UPSR 2013. Seorang murid telah mendapat 2B 3C dan seorang murid telah mewakili Terengganu di dalam kejohanan bola baling. Pencapaian GPS sekolah yang baik dan dibantu oleh perancangan sekolah melalui SKPM, sekolah kami telah berjaya mendapat Band 6.YB Tn.Hj. Wan Abdul Hakim bin Tan Sri Wan Mokhtar, ADUN Kawasan Air Putih telah berjanji di hadapan murid-murid SK Sungai Pergam sekiranya calon UPSR 2014 berjaya mencapai A dalam apa jua mata pelajaran, beliau akan memberi saguhati sebanyak RM 200.00. Pengumuman ini telah menyuntik semangat pelajar-pelajar UPSR 2014. Majlis ini juga turut dihadiri oleh En.Mat Lazim dari Unit Rendah ,JPNT. Beliau juga memberi suntikan semangat kepada seluruh warga sekolah dan memuji kepimpinan guru besar kerana memahami kehendak warga sekolah.Ciri-ciri ini menurut beliau adalah satu platform untuk SK Sungai Pergam melangkah maju dalam semua bidang.Guru Besar pula mengucapkan terima kasih kepada wakil JAKOA kerana telah menjumpai kata sepakat dengan JPNT yang diwakili oleh En. Mat Lazim. Beliau mengharapkan pihak JAKOA akan lebih agresif lagi dalam menyusun aktiviti meningkatkan kemajuan murid Asli dan masyarakat setempat. Klik untuk gambar seterusnya .






LAWATAN SEKOLAH DAN PELAJAR KEDAP 2019

22-23 November 2018 Lawatan sekolah dan pelajar KEDAP ke negeri Selangor.