21 November 2017 (Selasa)
Tahniah SKSP kerana terpilih untuk menerima Anugerah Pembestarian Sekolah 2017 Peringkat Kebangsaan untuk kategori Penggunaan VLE Terbaik bagi Sekolah Kurang Murid.
Anugerah disampaikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia YB Dato Seri Mahdzir bin Khalid.
Majlis Anugerah Pembestarian Sekolah 2017 ini bertujuan untuk memberikan pengiktirafan atas kecemerlangan dan kejayaan sekolah dalam pelaksanaan aktiviti Pembestarian Sekolah di samping meningkatkan kemahiran digital dalam kalangan murid,guru,pentadbir sekolah serta menggalakkan pembudayaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran serta pembelajaran (PdP) dan pengurusan dan pentadbiran (PdT).
No comments:
Post a Comment