Monday, December 18, 2017

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SKSP 2017

22 November 2017 (Rabu)
Alhamdulillah selesai sudah Majlis Anugerah Kecemerlangan SKSP 2017.Tahniah kepada yang menerima hadiah dan anugerah.


















ANUGERAH PEMBESTARIAN SEKOLAH 2017 PERINGKAT KEBANGSAAN

21 November 2017 (Selasa)
Tahniah SKSP kerana terpilih untuk menerima Anugerah Pembestarian Sekolah 2017 Peringkat Kebangsaan untuk kategori Penggunaan VLE Terbaik bagi Sekolah Kurang Murid.
Anugerah disampaikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia YB Dato Seri Mahdzir bin Khalid.
Majlis Anugerah Pembestarian Sekolah 2017 ini bertujuan untuk memberikan pengiktirafan atas kecemerlangan dan kejayaan sekolah dalam pelaksanaan aktiviti Pembestarian Sekolah di samping meningkatkan kemahiran digital dalam kalangan murid,guru,pentadbir sekolah serta menggalakkan pembudayaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran serta pembelajaran (PdP) dan pengurusan dan pentadbiran (PdT).






ANUGERAH PEMBESTARIAN SEKOLAH 2017

19 November 2017 (Ahad)
Tahniah SKSP kerana terpilih untuk menerima Anugerah Pembestarian Sekolah 2017 Peringkat Negeri Terengganu di Dewan Besar Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu.
Anugerah disampaikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, YBrs.Haji Shafrudin bin Haji Ali Hussin.
Anugerah Pembestarian Sekolah diadakan bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada sekolah dan guru yang menunjukkan pencapaian yang cemerlang di peringkat negeri dalam bidang teknologi pendidikan.
Tahniah sekali lagi SKSP semoga terus maju di masa hadapan.



MAJLIS JALINAN MESRA SASUPER 2017

20 November 2017
Majlis Jalinan Mesra SASUPER malam tadi bertempat di Hotel Megaview,Kuantan.










KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH MURID ORANG ASLI (KSSMOA)

16 Nov 2017
Kejohanan Sukan Sekolah Murid Orang Asli Peringkat Kebangsaan di Kota Bharu.

Tahniah pasukan bola baling perempuan kerana berjaya mendapat tempat ke 4 peringkat kebangsaan.













LAWATAN SEKOLAH DAN PELAJAR KEDAP 2019

22-23 November 2018 Lawatan sekolah dan pelajar KEDAP ke negeri Selangor.