Tuesday, November 1, 2016

KEM BESTARI SOLAT DAN KURSUS PENGURUSAN JENAZAH PERINGKAT SEKOLAH SK SUNGAI PERGAM

Kem Bestari Solat dan Bengkel Pengurusan Jenazah telah diadakan di Mercu Beach Resort,Sungai Ular,Kuantan pada 13 - 15 Oktober 2016. Kem ini telah diadakan kepada murid-murid tahun 4,5 dan 6 bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada murid dan memastikan murid dapat mengetahui asas-asas perlakuan dalam solat, asas-asas bacaan dalam solat, kaedah berwuduk, penghayatan fardhu ain, asas-asas solat jenazah dan persediaan menguruskan jenazah.































[PROGRAM KHAS ORANG ASLI EMPOWER ECER LATIHAN AKADEMIK]


Murid-murid orang asli dari SK Sungai Berua dan Sk Sungai Pergam Kemaman telah terlibat dengan program ini yang diadakan di Mayang Sari, Dungun. Tuan Haji Shafruddin Ali Hussin, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu berkesempatan untuk bersama-sama murid-murid orang asli terpilih dalam program ini bagi memastikan agenda Transformasi Orang Asli tercapai. 
#MTP #TTB










Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang sempena sukaneka yang diadakan pada Hari Sukan Negara 2016. (10 OKT 2016)








HARI SUKAN NEGARA

Hari Sukan Negara peringkat sekolah telah diadakan pada 8 Oktober 2016 (Sabtu). Program tahunan ini diadakan bertujuan untuk memupuk gaya hidup cergas di alangan rakyat Malaysia.SKSP telah menyahut seruan kerajaan dengan mengadakan aktiviti sukaneka untuk murid-murid SKSP. Program berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid.










LAWATAN SEKOLAH DAN PELAJAR KEDAP 2019

22-23 November 2018 Lawatan sekolah dan pelajar KEDAP ke negeri Selangor.