Tuesday, October 4, 2016

MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2016

Majlis Tilawah dan Hafazan peringkat negeri anjuran MAIDAM pada 8-10 September 2016 bertempat di Hotel Permai Inn,Kuala Terengganu. SK Sungai Pergam telah terpilih untuk menyertainya. Seramai 7 orang peserta menyertai pertandingan ini.


LAWATAN PENANDA ARAS KE KELANTAN

SK Sungai Pergam telah mengadakan lawatan penanda aras ke Kelantan pada 22 dan 23 September 2016 (Khamis dan Jumaat). Lawatan telah disertai oleh para guru,murid-murid,peserta KEDAP dan pelajar sekolah menengah.














KEM GEGAR UPSR 2016

Kem Gegar UPSR 2016 telah diadakan bermula 29 Ogos hingga 4 September 2016 bertempat di SK Sungai Pergam.Kem ini diadakan bertujuan untuk menyiapkan murid tahun 6 untuk lebih bersedia menghadapi peperiksaan UPSR yang bakal tiba. Murid-murid tahun 6 seramai 7 orang dikehendaki tidur di sekolah sepanjang program berlangsung. Murid tahun 5 juga turut terlibat memandangkan jumlah murid tahun 6 yang terlalu sedikit.Kem berjalan dengan lancar.Murid juga memberikan kerjasama yang baik sepanjang kem ini berlangsung.


PENUTUPAN KEM SEPAKAT MAJU 2016

Majlis penutupan program Sepakat Maju telah diadakan di pekarangan sekolah SK Sungai Pergam pada 27 Ogos 2016(Sabtu). Majlis bermula pada pukul 11 pagi.Sebelum itu,kelas Sepakat Maju telah berjalan mengikut jadual yang ditetapkan. Majlis dihadiri oleh murid-murid terlibat dari 4 buah sekolah dan juga ibubapa serta guru-guru.












PERTANDINGAN MEWARNA BERSEMPENA BULAN KEMERDEKAAN 2016

Pada 25 Ogos 2016,satu pertandingan mewarna telah diadakan bersempena bulan kemerdekaan iaitu bulan Ogos. Semua murid terlibat dalam pertandingan tersebut.Murid-murid dibahagikan kepada 7 kumpulan yang terdiri daripada 10 orang ahli. Masa diperuntukkan adalah satu jam. Murid-murid menunjukkan kesungguhan yang tinggi untuk menyiapkan lukisan mereka.Mereka yang berjaya bakal menerima hamper.







LAWATAN SEKOLAH DAN PELAJAR KEDAP 2019

22-23 November 2018 Lawatan sekolah dan pelajar KEDAP ke negeri Selangor.