Monday, August 1, 2016

Seminar 'Move The Heart' Program Khas Orang Asli empower ECER Kemaman.

Pada 25 Julai 2016 iaitu hari Isnin telah berlangsung Seminar "Move The Heart" iaitu Program Khas Orang Asli Empower ECER Kemaman. Majlis bertempat di SKSP. Majlis telah disempurnakan oleh Encik Idris bin Bidin, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman.

Program khas dengan kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu turut menyasarkan peningkatan peratus kehadiran murid ke sekolah. Pendekatan digunakan juga berbeza. Kita memfokuskan modul penguasaan 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) serta aktiviti pembelajaran menyeronokkan bagi tarik minat murid untuk hadir ke sekolah sekali gus ikuti program yang dijalankan.

Program ini adalah antara usaha strategik kerajaan melalui ECER dalam memperkasakan golongan pelajar yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah untuk maju dan berjaya seperti mereka yang lebih bernasib baik.







Pelancaran Program 40 Hari Menjelang UPSR 2016

Program 40 hari menjelang UPSR peringkat sekolah telah dilancarkan pada 24 Julai 2016 (Ahad) .







Majlis pelancaran program LINUS 2.0 T-CARE SK SG PERGAM 2016

Pada 21 Julai 2016 (Khamis) telah berlangsungnya pelancaran program LINUS 2.0 T-CARE di SK Sg Pergam.




















LAWATAN SEKOLAH DAN PELAJAR KEDAP 2019

22-23 November 2018 Lawatan sekolah dan pelajar KEDAP ke negeri Selangor.