Thursday, April 14, 2016

KEM MEMBACA 1MALAYSIA (KM1M) SKSP










KAYUHAN BEBAS MALARIA 2016

Pada 13 April 2016 hari Rabu, program Kayuhan Bebas Malaria telah melalui SK Sungai Pergam. Program ini diadakan bersempena Sambutan Bulan Kesedaran Malaria peringkat daerah Kemaman. Program ini melalui Bandar Chukai-Sungai Pergam-Felda Cherul-Ladang TDM Air Puteh. Pihak sekolah sangat berbesar hati dengan kehadiran mereka ke sekolah.





















PEMANTAUAN LINUS DARI PPD KEMAMAN

Pada 13 April 2016 hari Rabu, Unit LINUS PPD Kemaman telah hadir untuk pemantauan LINUS di Sk Sungai Pergam. Pegawai yang hadir adalah Encik Dahlan bin Che Ibrahim (Pegawai FasiLINUS Numerasi), Encik Mohd Ayunni bin Naharudin, Encik Abdul Mu'min bin Arifin (Pegawai FasiLINUS LBI), Encik Wan Ridhuan bin Muhammad dan Encik Mohd Nazri bin Razali (Pegawai FasiLINUS Numerasi). Mereka telah datang untuk memberikan bimbingan tentang LINUS memandangkan saringan 1 2016 untuk tahun 1,2 dan 3 sedang berjalan pada masa sekarang.



PENEMUAN SARANG LEBAH LALAT

Pada 12 April 2016 hari Selasa,SK Sungai Pergam telah menghubungi pasukan bomba dan penyelamat untuk mengelakkan murid-murid dari menjadi mangsa sengatan lebah. Penemuan sarang lebah berlaku setelah beberapa orang murid telah disengat lebah. Pasukan bomba dan penyelamat berjaya menghapuskan sarang lebah tersebut.

















HARI INI DALAM SEJARAH (KEHADIRAN MURID)

Pada 11 April 2016 hari Isnin, SK Sungai Pergam telah mencatatkan peratus kehadiran tertinggi iaitu 93.1% . Diharapkan peratus kehadiran ini akan terus bertambah. Murid-murid sentiasa diingatkan agar rajin ke sekolah setiap hari persekolahan. Pemberian hadiah setiap bulan merupakan inisiatif untuk menarik minat murid-murid untuk ke sekolah.





Sunday, April 10, 2016

PEMBERIAN HADIAH KEHADIRAN PENUH BULAN FEBRUARI DAN MAC 2016

Pada 10 April 2016 hari Ahad telah berlangsung pemberian hadiah kepada murid untuk kehadiran penuh bagi bulan Februari dan Mac. Diharapkan pemberian hadiah ini dapat menaikkan lagi semangat murid-murid untuk hadir ke sekolah.









PERATUS KEHADIRAN SK SUNGAI PERGAM

Pada 7 April 2016 hari Khamis, SK Sungai Pergam telah mencatatkan kehadiran membanggakan sebanyak 87%. Diharapkan peningkatan ini akan berterusan dengan usaha dari pihak ibu bapa,guru dan pihak sekolah.



















MAJLIS PELANCARAN KELAS DEWASA ASLI PENAN (KEDAP) 2016

Pada 3 April 2016 hari Ahad telah berlangsung Majlis Pelancaran Kelas Dewasa Asli Penan atau lebih dikenali dengan kelas KEDAP bagi tahun 2016. Majlis bermula pada pukul 3 petang dan tamat pada jam 4.30 petang. Pada tahun ini peserta KEDAP adalah seramai 25 orang dan 3 orang guru iaitu Puan Ruzita bt Samad, Puan Siti Nur Raidah bt Md Yusuf dan Encik Khairil Izat bin Harazaman. 

Majlis telah dirasmikan oleh Encik Zakaria bin Muda, Ketua Unit Sekolah Rendah JPNT. Tetamu kehormat yang turut hadir adalah Encik Mat Lazim @ Mahasan bin Noor (Penyelia Kanan Pengurusan Projek Khas/Orang Asli/Kluster), Puan Fadzilah bt Yasin (Wakil Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan PPD), Encik Mohd Zamri bin Abdul Razak ( Wakil Sektor Pengurusan Akademik JPNT), Encik Khairul Nizam bin Zakaria (Penyelia Sekolah Rendah PPD Kemaman) dan Encik Roslan bin Semail (Pengerusi JKKK)


Program Kelas Dewasa Untu Ibubapa Murid Orang Asli adalah sebahagian daripada program yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran . Program KEDAP ini telah diputuskan dalam mesyuarat FOCUS GROUP pembasmian Kemiskinan bil 5 / 2007 pada 23 November 2007 di Pengerusikan oleh Ybhg Tan Sri Mohd Sidek , KSU Negara .


Tujuannya adalah untuk membasmi buta huruf di kalangan Orang asli seluruh Malaysia .Peserta program KEDAP ini diberikan beberapa elauan iaiatu elaun gantian kehilangan pendapatan , elaun makan , elauan alat tulis , elaun kesihatan dan lawatan sambil belajar.






















LAWATAN SEKOLAH DAN PELAJAR KEDAP 2019

22-23 November 2018 Lawatan sekolah dan pelajar KEDAP ke negeri Selangor.