Thursday, February 25, 2016

PERARAKAN APPRESIASI KOKURIKULUM PERINGKAT SKSP 2016

Pada hari Selasa, 23 Februari 2016, Sekolah Kebangsaan Sungai Pergam telah menjalankan program Perarakan Appresiasi Kokurikulum Peringkat Sekolah. Murid-murid dikehendaki berpakaian uniform lengkap dan berarak melalui perkampungan orang asli. Murid-murid terdiri daripada pelajar tahap dua. Perarakan bermula pada pukul 2.30 petang.




















Monday, February 22, 2016

MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE 7 2016 SK SUNGAI PERGAM

 Pada 22 Februari 2016 hari Isnin telah berlangsung Mesyuarat Agong PIBG Kali ke 7 tahun 2016 bertempat di pekarangan sekolah SK Sungai Pergam,Kemaman. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Haji Wan Abdul Hakim bin Tan Sri Wan Mokhtar iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih, Kemaman. Beliau telah berbesar hati untuk hadir seterusnya merasmikan Mesyuarat Agong ini. Sebelum mesyuarat berlangsung pemberian bantuan wang persekolahan diagihkan kepada ibu bapa/penjaga murid SK Sungai Pergam oleh Yang Berhormat.Selepas mesyuarat, cabutan bertuah turut diadakan kepada ibu bapa. Majlis tamat pada pukul 4.30 petang.




















PEMBERIAN HADIAH KEHADIRAN PENUH BULAN JANUARI 2016

Pada hari Ahad 21 Februari 2016 telah diadakan majlis penyampaian hadiah untuk kehadiran penuh murid bagi bulan Januari 2016. Ini bertujuan untuk menggalakkan murid-murid untuk hadir ke sekolah sepanjang hari persekolahan. Diharapkan murid-murid akan lebih bersemangat dengan pemberian hadiah ini. Penyampaian hadiah ini akan diteruskan untuk bulan-bulan seterusnya.












MESYUARAT PERMUAFAKATAN PENDIDIKAN ORANG ASLI 2016

Pada 16 Februari 2016 hari Selasa, Sekolah Kebangsaan Sungai Pergam telah menjadi tuan rumah untuk Mesyuarat Permuafakatan Pendidikan Orang Asli 2016 bersama Tuan Pengarah JAKOA Wilayah Timur (Kelantan & Terengganu). 

Mesyuarat berlangsung di bilik mesyuarat SK Sungai Pergam. 





LAWATAN SEKOLAH DAN PELAJAR KEDAP 2019

22-23 November 2018 Lawatan sekolah dan pelajar KEDAP ke negeri Selangor.