Sunday, January 31, 2016

GOTONG ROYONG CEGAH AEDES

Pada 28 Januari 2016 telah diadakan satu gotong-royong bertujuan untuk membersihkan kawasan sekolah daripada pembiakan nyamuk aedes yang boleh mengakibatkan demam denggi.Gotong-royong ini berjalan serentak di seluruh Terengganu. SK Sungai Pergam telah mengadakan aktiviti gotong-royong ini pada awal pagi. PK KO,Cikgu Haziman telah membahagikan tugas membersihkan kawasan sekolah mengikut tahun masing-masing. Murid-murid menunjukkan komitmen yang tinggi dalam memastikan kawasan sekolah bersih dan selamat daripada pembiakan nyamuk aedes. Tidak lupa kepada guru-guru yang juga bertungkus lumus untuk memastikan aktiviti berjalan lancar.
















Saturday, January 30, 2016

PENYAMPAIAN HADIAH KEJOHANAN MERENTAS DESA 2016

Pada 24 Januari 2016 hari Ahad telah diadakan majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang merentas desa peringkat SKSP. Majlis telah diadakan pada waktu pagi semasa perhimpunan mingguan. Guru Besar telah berbesar hati untuk menyampaikan hadiah kepada semua pemenang. Sebanyak 4 kategori dipertandingkan untuk acara merentas desa ini iaitu perempuan tahap 1,perempuan tahap 2,lelaki tahap 1 dan lelaki tahap 2. Saguhati juga turut disediakan.














MERENTAS DESA SK SUNGAI PERGAM 2016

Pada 20 Januari hari Rabu, SK Sungai Pergam telah mengadakan Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah. Kejohanan bermula pada pukul 9 dan tamat pada pukul 12 tengahari.

Sebelum kejohanan bermula, murid-murid telah menjalani latihan merentas desa selama dua hari iaitu pada hari Isnin dan Rabu bertujuan untuk menyesuaikan mereka dengan laluan yang akan mereka lalui serta mengetahui jarak sebenar perjalanan mereka untuk kejohanan ini.


Pada hari kejohanan, murid-murid diberi taklimat terlebih dahulu tentang keselamatan dan hal-hal lain. Aktiviti memanaskan badan dilakukan sebelum mereka mula merentas desa. Murid-murid menunjukkan semangat yang tinggi untuk memenangi kejohanan merentas desa kali ini.

Kejohanan bermula di padang sekolah. Guru Besar, Encik Mohd Shafii bin A.Bakar membunyikan wisel permulaan dan murid-murid memulakan rentasan desa. Guru-guru bertugas di checkpoint akan memastikan murid-murid mengikut laluan yang betul.

Murid-murid yang berjaya menamatkan larian mereka akan melapor diri di kaunter yang disediakan untuk dicatat nama sebagai pemenang. Tahun ini sebanyak 4 kategori dipertandingkan iaitu Perempuan Tahap 1 dan 2,Lelaki Tahap 1 dan 2. Setiap tahap disediakan 10 hadiah. Hadiah saguhati sebanyak 20 hadiah turut disediakan.

Kejohanan berjalan dengan baik dan lancar. Diharapkan murid-murid yang tidak berjaya pada tahun ini akan berusaha dengan lebih gigih lagi pada tahun hadapan.










Monday, January 25, 2016

LATIHAN MEMBERUS GIGI

SK Sungai Pergam telah menerima kunjungan dari Klinik Kesihatan Cheneh Bahagian Perkhidmatan Pergigian Sekolah untuk pemeriksaan dan rawatan pergigian.

Pada 20 Januari 2016, murid-murid telah dibekalkan dengan berus gigi dan ubat gigi setiap seorang untuk latihan memberus gigi beramai-ramai. Jururawat pergigian memberi taklimat dan membuat demonstrasi cara memberus gigi dengan betul.







LAWATAN SEKOLAH DAN PELAJAR KEDAP 2019

22-23 November 2018 Lawatan sekolah dan pelajar KEDAP ke negeri Selangor.