Saturday, May 16, 2015

GOTONG ROYONG PERDANA | 2015


16.05.2015

Alhamdulillah program Gotong Royong Perdana arahan daripada Kementerian dapat dilaksanakan,program ini diwajibkan di setiap sekolah bagi memastikan sekolah sentiasa berkeadaan baik,bersih supaya selesa didiami pelajar dalam melaksanakan tanggungjawab seorang pelajar. Klik untuk gambar selanjutnya.

SAMBUTAN HARI GURU SK SUNGAI PERGAM | 2015


17.05.2015

Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru yang mengajar di SK Sungai Pergam, Sambutan Hari Guru ini tidaklah semeriah seperti di sekolah-sekolah besar,tetapi dengan sedikit kerahan tenaga dapat menjayakan program hari guru ini dengan sebaiknya, alhamdulillah. Klik untuk gambar seterusnya.

Friday, May 15, 2015

PROGRAM BERSAMA UNISZA KALI KE-3 | 2015


15 - 16.05.2015

Program Bersama Unisza Kali Ke-3 telah disempurnakan sebaik mungkin,pelbagai aktiviti yang dibawa untuk menarik minat murid asli ini supaya lebih bersikap terbuka dalam pelbagai aspek . Program ini dibantu oleh 10 fasilitator unisza dan guru-guru SK Sungai Pergam . Klik untuk gambar selanjutnya.

Thursday, May 14, 2015

PERKHEMAHAN PERINGKAT SEKOLAH | 2015


14.05.2015

Perkhemahan Peringkat Sekolah telah dilangsungkan pada 14 Mei baru ini. Program ini dikelola sebaiknya dengan bantuan semua guru dan staf sekolah.Alhamdulillah program ini berjalan dengan lancar, pendedahan aktiviti perkhemahan ini dapat meningkatkan disiplin murid orang asli dan belajar hidup secara berdikari. Klik untuk gambar selanjutnya

Thursday, May 7, 2015

PEMANTAUAN KEDAP PERINGKAT SEKOLAH | 2015


7.05.2015

Pemantauan kelas kedap buat julung-julung kalinya dilakukan di peringkat sekolah,pemantauan ini bertujuan melihat refleksi pelajar-pelajar kelas dewasa orang asli (Kedap) dalam menerima kaedah pengajaran yang telah diajarkan oleh guru-guru (Kedap) yang terpilih. Klik untuk gambar selanjutnya

LAWATAN SEKOLAH DAN PELAJAR KEDAP 2019

22-23 November 2018 Lawatan sekolah dan pelajar KEDAP ke negeri Selangor.