Tuesday, March 31, 2015

PROGRAM KESYUKURAN DAN PENYERAHAN KAD ILMU | 2015




31.03.2015

Alhamdulillah satu lagi progam dapat dijayakan dengan lancar,program ini merupakan program gabungan iaitu Program Kesyukuran dan juga Program Penyerahan Kad Ilmu . Program Kesyukuran ini sempena peningkatan band SK Sungai Pergam bagi meraikan kesungguhan guru-guru yang berusaha meningkatkan pencapaian murid-murid sekolah asli ini manakala Program Kad Ilmu merupakan anjuran dari perpustakaan bergerak dengan menyediakan kad untuk semua murid dan guru bagi memudahkan proses peminjaman buku di mana-mana cawangan perpustakaan negeri.Klik untuk gambar selanjutnya.
Klik untuk gambar seterusnya.

Copy and WIN : http://ow.ly/KfYkt

Thursday, March 19, 2015

PROGRAM BERSAMA UNISZA KALI KE-2 | 2015


19 - 21.03.2015

Program bersama Unisza ini merupakan program yang diusaha sama pihak sekolah dan juga pihak Unisza secara berperingkat. Alhamdulillah program ini berjaya dijalankan sebaik mungkin dan insyaallah akan berterusan . Klik untuk gambar selanjutnya.

Saturday, March 14, 2015

PROGRAM KEBAJIKAN SYARIKAT CSR | 2015


14.03.2015

Program CSR ini diadakan baru-baru ini dan memberi satu impak yang sangat menguntungkan,program ini diberi peruntukan daripada syarikat CSR sendiri bagi penambahbaikan keceriaan dan keselamatan SK Sungai Pergam . Walaupun satu hari masa diluangkan tetapi hasil kerja yang cepat,cermat dan teliti membuatkan kami kagum dan mengucapkan ribuan terima kasih. Klik untuk gambar seterusnya.
Klik untuk gambar seterusnya.

Copy and WIN : http://ow.ly/KfYkt


Sunday, March 8, 2015

MENGGILAP PERMATA RIMBA | PROGRAM BERSAMA UNISZA KALI PERTAMA | 2015



12.02.2015

Program Menggilap Permata Rimba ini merupakan Program Peningkatan UPSR tahun 2015, dengan penglibatan kedua ibubapa murid program ini munkin lebih menampakkan keberkesanan . Program ini merupakan program bermalam di sekolah selama 3 hari 2 malam dikelolakan oleh Penyelaras UPSR Puan Nor Hazlina Binti Muda , semoga program ini dapat meningkatkan kemahiran,minat dan semangat murid dalam arena pembelajaran . Klik untuk gambar seterusnya.

LAWATAN SEKOLAH DAN PELAJAR KEDAP 2019

22-23 November 2018 Lawatan sekolah dan pelajar KEDAP ke negeri Selangor.