Tuesday, March 18, 2014

MESYUARAT PIBG 2014





18.03.2014

Mesyuarat Agung PIBG SK Sungai Pergam telah diadakan pada 18.3.2014. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh YB Dun Air Putih iaitu YB Tuan Haji Wan Abdul Hakim bin Tan Sri Wan Mokhtar. Selain itu mesyuarat itu diserikan dengan kehadiran Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman, Pegawai JAKOA dan pemimpin masyarakat setempat. Mesyuarat ini menjadi medan untuk ibu bapa dan guru memberi pandangan dan bertukar-tukar fikiran untuk memajukan pendidikan di SK Sungai Pergam. Klik untuk gambar seterusnya


Monday, March 17, 2014

JOHAN BOLA BALING PERINGKAT PKG CHENEH BARU KEMAMAN





17.03.2014 - 20.03.2014

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi disini admin mengucapkan salam tahniah kepada pasukan Bola Baling SK Sungai Pergam kerana mendapat Johan Bola Baling Peringkat PKG Cheneh Baru Kemaman tahun 2014,satu prestasi yang cukup membanggakan dan dapat melonjakkan nama "SK Sungai Pergam" di daerah Kemaman ini. Pada tahun 2013 SK Sungai Pergam mendapat tempat "Naib Johan" acara Bola Baling peringkat MSSD Kemaman , Pada 2014 SK Sungai Pergam telah muncul johan Peringkat MSSD Kemaman. Alhamdulillah merupakan satu peningkatan yang positif. Klik untuk gambar seterusnya


Tuesday, March 11, 2014

PERTANDINGAN BOLA BALING PERINGKAT PKG 2014


11.03.2014

Tahniah diucapkan kepada SK Sungai Pergam kerana mendapat Johan dalam kejohanan Pertandingan Bola Baling Peringkat PKG Daerah Kemaman 2014,selama 3 tahun berturut-turut SK Sungai Pergam telah mendapat johan dalam Pertandingan Bola Baling Peringkat PKG Daerah Kemaman ini. Dalam arena bidang sukan ini SK Sungai Pergam cukup disegani dan cukup terkenal dalam pertandingan bola baling ini . Terima kasih juga kepada jurulatih yang terlibat iaitu Cikgu Ruslina Binti Mohamad, Cikgu Haziman Bin Nawi dan tidak lupa juga kepada guru-guru yang lain.Klik untuk gambar seterusnya

LAWATAN SEKOLAH DAN PELAJAR KEDAP 2019

22-23 November 2018 Lawatan sekolah dan pelajar KEDAP ke negeri Selangor.