Monday, March 11, 2013

Kawad Kaki SK Sungai Pergam | 2013


05.02.2013

Kelab beruniform SK Sungai Pergam telah melatih murid-murid asli dalam latihan kawad kaki dikepalai Cikgu Zakaria Bin Mat Nawi. Klik untuk gambar seterusnya.

Sambutan Maulidur Rasul SK Sungai Pergam | 2013



31.01.2013

Sambutan Maulidur Rasul SK Sungai Pergam sentiasa dirancangkan , alhamdulillah Perarakan Maulidur Rasul didalam kampung SK Sungai Pergam ini berjalan dengan lancar walaupun serba sedikit dugaan yang dihadapi semasa perarakan, ganguan anjing, najis anjing merupakan aspek utama dalam perarakan ini walau bagaimanapun alhamdulillah program ini dijalankan tanpa sebarang kesulitan. Klik untuk gambar seterusnya.

Sunday, March 10, 2013

Bantuan Awal Persekolahan | RM100



30.01.2013

Seramai 77 orang murid SK Sungai Pergam telah menerima Bantuan Awal Persekolahan pada tahun 2013, dengan bantuan ini kerajaan berharap dapat menampung serba sedikit keperluan persekolahan untuk anak-anak. Klik untuk gambar seterusnya.

Pemasangan Komputer KPM 2013 | 21 PC


15.01.2013

Pada tahun ini, SK Sungai Pergam telah menerima 21 buah PC (Personal Computer) dari KPM, walaupun SK Sungai Pergam tidak mempunyai Makmal tetapi Bilik Komputer yang sedia ada sudah cukup untuk memuatkan 21 buah PC tersebut dengan susun atur yang padat tapi kemas. Bilik Komputer SK Sungai Pergam mempunyai sedikit masalah diantaranya (system wirering ) yang kurang selamat , ruang yang tidak cukup luas dan simen yang lembab apabila musim hujan. Walau bagaimanapun dengan keprihatinan Guru Besar yang mengambil cakna tentang keselamatan (system wirering) telah dibaik pulih semula. Klik untuk gambar seterusnya

Permulaan Solat 2013 | Selepas Sesi Pengajaran



08.01.2013


Permulaan Solat 2013 pada waktu 1.15 petang selepas sesi pengajaran sudah lama ditetapkan oleh SK Sungai Pergam,admin disini sedikit tertarik jikalau ketiadaan ustaz @ ustazah pelajar-pelajar ini akan menunggu untuk mendirikan solat pada waktu zohor , mungkin disebabkan kebiasaan yang diterapkan kepada pelajar-pelajar ini dan terbiasa dalam kehidupan seharian. Insyaallah masyarakat asli disini dapat pelajari agama islam dan mempraktikalkan . Klik untuk gambar seterusnya.

LAWATAN SEKOLAH DAN PELAJAR KEDAP 2019

22-23 November 2018 Lawatan sekolah dan pelajar KEDAP ke negeri Selangor.